Hubungi kami                        Produk, buku & DVD                        Utama                        Kenali Ustaz Asraff
Kami menawarkan seminar pembelajaran Al-Quran secara holistik kepada masyarakat ,organisasi, institusi & syarikat. Ia merangkumi 3 aspek iaitu bacaan, hafazan & kefahaman.

Seminar yang ditawarkan adalah :
 
 
HAFAZAN : SEMINAR
KAEDAH JIBRIL

KAEDAH JIBRIL adalah satu teknik menghafaz surah idaman Al-Quran yang cukup mudah, relevan serta praktikal untuk golongan berkerjaya & masyarakat awam yang sibuk dengan urusan harian. Masyarakat awam iaitu :

>>  Pelajar sekolah menengah, universiti
>>  pekerja kerajaan & swasta
>>  businessman, surirumah & golongan pencen.

Tekniknya direka khas untuk MENGATASI 2 MASALAH BESAR yang selama ini menjadi igauan buruk masyarakat setiap kali ingin menghafaz surah idaman seperti Surah Sejadah, Yasin, Insan dll iaitu :

>>  hafaz tapi lupa.
>>  sukar berikan komitmen (menghafaz & mengulang) setiap hari.

Kaedah menawarkan penyelesaian terhadap 2 masalah tersebut dan ia disusun secara sistematik dengan mengambilkira keupayaan, komitmen serta jadual waktu masyarakat awam agar mereka berjaya menghafaz surah yang diingini.

Maklumat lanjut, sila download proposalnya disini

 
BACAAN : SEMINAR TAJWIDPRO


Seminar Tajwidpro adalah satu seminar yang memiliki objektif amat besar & mulia : membantu masyarakat 'upgrade' kualiti bacaan Al-Quran ke tahap lebih berkualiti mengikut standard yang Rasulullah s.a.w. inginkan.

Ia bakal membantu meningkatkan lagi kualiti bacaan Al-Quran ke tahap lebih sempurna dengan :

  • mengenalpasti kesalahan 'super kecil' dalam bacaan Al-Quran,
  • membetulkan sebutan dari 'lahjah melayu' ke lahjah 'arab'
  • mendedahkan bacaan unik Al-Quran riwayat Hafs an A'sim yang selama ini sukar dikuasai melalui teori & bacaan buku.

Kandungan seminar ini dihasilkan berdasarkan pengalaman & pengetahuan berharga Ustaz Asraff bertalaqqi Al-Quran dengan 3 pakar Al-Quran Arab Mesir iaitu Syeikh Sayyid, Syeikh Hassan Rejab dan Syeikh Nabil.

Maklumat lanjut, sila download proposalnya disini

 
KEFAHAMAN : SEMINAR
FENOMENA UMAR

Seminar Fenomena Umar memiliki objektif amat besar & mulia : berkongsi dengan masyarakat kaedah yang lebih praktikal untuk memahami dan mengaitkan kesemua 6,236 ayat Al-Quran dalam kehidupan melalui teknik A.S.K.
Teknik ini diasaskan berdasarkan situasi berikut :

>>  Al-Quran banyak dibaca, tapi ramai yang hadapi kesulitan memahaminya.

>>  Ada tembok besar antara masyarakat dengan Al-Quran.Perkara ini perlu diruntuhkan agar masyarakat kembali menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama dalam segenap aspek kehidupan.

>>  Masyarakat ingin memahami Al-Quran, tetapi tidak menemui cara termudah untuk ke arah itu.

Maka kami berkongsi teknik A.S.K. Secara umumnya, ia adalah kependekan dari :

A - Mengenali Allah s.w.t
S - Mengenali Sirotol Mustaqim (lifestyle)
K - Mengetahui Kiamat : tempat kita kembali.

Maklumat lanjut, sila download proposalnya disini

 
Contoh testimoni peserta seminar