Home / Uncategorized / “PERATURAN EMAS” KETIKA MEMBACA AL-QURAN

“PERATURAN EMAS” KETIKA MEMBACA AL-QURAN

Kalau dalam peperiksaan ada peraturannya yang tersendiri seperti tak boleh bawa masuk “toyol” dan tak boleh meniru jawapan kawan, membaca al-Quran pun ada peraturannya juga. Cuma specialnya, kita gelar peraturan al-Quran ni sebagai “peraturan emas”.

Ketika membaca al-Quran, peraturan emas yang kita kena patuhi ialah:

  1. Kita dilarang memutus & mengambil nafas sewenang-wenangnya di tengah ayat.
  2. Jika nafas hampir habis, kita perlu berhenti pada perkataan yang sesuai agar maknanya tidak bercelaru.

Tapi, masalah kita orang Melayu ni, ramai yang tak faham bahasa arab. Betul tak? Jadi macam mana nak tahu makna ayat Quran bercelaru atau tidak ketika berhentikan bacaan? 

Haa, mujurlah ulama’ terdahulu telah meletakkan tanda waqaf (berhenti) di pertengahan ayat al-Quran untuk memudahkan kita memilih tempat sesuai untuk berhenti.

Jom ambil masa sekejap untuk mengenal 7 tanda waqaf yang sering kita jumpa di atas ayat dalam al-Quran ni.

 

  1. Waqaf Lazim.

Jika kita jumpa simbol waqaf lazim ini, kita mesti memberhentikan bacaan kita pada kalimah tersebut. Contoh ; Al-An’am: 36

إِنَّمَا يَسْتَجِيبُ الَّذِينَ يَسْمَعُونَ ۘ وَالْمَوْتَىٰ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ ثُمَّ إِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
” Hanya mereka yang mendengar sajalah yang mematuhi (seruan Allah), dan orang-orang yang mati (hatinya), akan dibangkitkan oleh Allah, kemudian kepada-Nya-lah mereka dikembalikan”.

2. Waqaf Aula.

Tanda waqaf ini menunjukkan lebih bagus (digalakkan) berhenti, kemudian sambung semula bacaan. Contoh ; Fussilat : 45

وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَاخْتُلِفَ فِيهِ ۗوَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّهُمْ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ
“Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa Taurat lalu diperselisihkan tentang Taurat itu. Kalau tidak ada keputusan yang telah terdahulu dari Rabb-mu, tentulah orang-orang kafir itu sudah dibinasakan. Dan Sesungguhnya mereka terhadap Al Quran benar-benar dalam keragu-raguan yang membingungkan.”

3. Waqaf Ta’anuq.

Tanda waqaf ini memberi kita pilihan untuk berhenti pada salah satu tanda. Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya. Contoh; Al-Baqorah: 2.

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

4. Waqaf Ja’iz.

Jika kita jumpa simbol “jim” waqaf jaiz ini di atas ayat, kita boleh memilih untuk berhenti atau terus sambung membaca. Contoh; Al-Anfal: 13.

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ وَمَنْ يُشَاقِقِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“(Ketentuan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya; dan barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaan-Nya.”

5. Wasol Aula.

Tanda ini menunjukkan bahawa menyambung bacaan lebih baik. Contoh; An-Naml: 17

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِنْ يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

6. Waqaf Mamnu’

Kalau kita juma simbol “lam alif kecil” ini, kita dilarang sama sekali untuk memberhentikan bacaan kerana kalau kita berhenti, makna ayat boleh berubah dan bercelaru. Contoh ; An-Nahl: 32

الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ طَيِّبِينَ ۙ يَقُولُونَ سَلَامٌ عَلَيْكُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
“(yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Salaamun´alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan”.

7. Saktah

Simbol ini menandakan berhenti seketika tanpa mengambil nafas. Dengan kata lain, kita harus berhenti seketika tanpa mengambil nafas yang baru dan meneruskan bacaan.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Terima kasih!

P/S:

Untuk pembelian buku “Mudahnya Ngaji Tajwid”, boleh terus layari link ini www.mudahngajitajwid.com

Atau,

Hubungi/whatsapp kami di nombor HOTLINE 0124232606

Atau,
Boleh terus KLIK link ni untuk terus whatsapp http://www.wasap.my/60124232606

About admin

Check Also

PENTING…7 KESALAHAN TAJWID DALAM MEMBACA AL-FATIHAH YANG BOLEH MEMBATALKAN SOLAT.

Jika kita melakukan kesalahan tajwid dalam membaca al-fatihah ketika solat, ia boleh menyebabkan solat terbatal. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *