Home / Uncategorized / PENTING…7 KESALAHAN TAJWID DALAM MEMBACA AL-FATIHAH YANG BOLEH MEMBATALKAN SOLAT.

PENTING…7 KESALAHAN TAJWID DALAM MEMBACA AL-FATIHAH YANG BOLEH MEMBATALKAN SOLAT.

Jika kita melakukan kesalahan tajwid dalam membaca al-fatihah ketika solat, ia boleh menyebabkan solat terbatal. Tapi bukan semua kesalahan boleh membatalkan solat. Hanya kesalahan besar (Lahnun Jaliy) sahaja yang jika dilakukan boleh membuatkan solat kita terbatal.

Kesalahan besar yang dimaksudkan ialah kesalahan yang ‘nyata’ sehingga masyarakat awam pun boleh mengesannya. Ia dianggap besar kerana kesalahannya boleh merosakkan struktur kalimah dan menyalahi bahasa arab khususnya i’rab sehingga mampu mengubah makna ayat al-Quran.

Kita perlu tahu kesalahan-kesalahan besar ini sebagai langkah “beware” agar kita tidak melakukannya ketika membaca al-fatihah di dalam solat. Antara bentuk kesalahannya ialah:

  1. Menukar sebutan huruf dengan sebutan huruf lain. Sebagai contoh, menukar huruf  (ع ) pada kalimah الْعَالَمِينَ  dilafaz dengan bunyi huruf (أ).

  2. Menukar baris kalimah. Contohnya, perkataan انعمت (An’amta) dengan huruf ‘Ta’ berbaris fathah (atas) bermaksud: Engkau (Allah) beri nikmat. Jika baris huruf ‘Ta’ ini dibaca dengan bari depan (An’amtu), maksudnya telah berubah menjadi: Aku beri nikmat.

  3. Meringankan huruf yang bersabdu. Contohnya membaca kalimah إِيَّاكَ tanpa tasydid pada huruf ‘Ya’.

  4. Mengurangkan baris pada perkataan.

  5. Menambah huruf pada bacaan.

  6. Menukar kalimah dengan kalimah lain.

  7. Mentasydidkan huruf yang tidak bertasydid.

Jika kita melakukan kesalahan-kesalahan ini dengan sengaja, hukumnya adalah haram. Semoga kita tidak melakukan kesalahan-kesalahan besar ini ketika membaca al-fatihah di dalam solat.

Anda rasa post ini bermanfaat? Kongsikan dengan kawan-kawan supaya ramai orang tahu dan tidak melakukan kesalahan-kesalahan ini di dalam solat. Insha-Allah.

Oleh: Admin (Kakna)

About admin

Check Also

NAK HAFAL QURAN, TAPI TAK TAHU CARA MUDAH?

Ramai yang berimpian untuk menghafal al-Quran, tetapi niat hanya terhenti di tengah jalan. Ramai juga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *