Home / Uncategorized / JIKA DILANDA KEKECEWAAN & FRUST, LIHAT BAGAIMANA TUHAN ‘MEMUJUK’ :
Young sad businessman without the achievement

JIKA DILANDA KEKECEWAAN & FRUST, LIHAT BAGAIMANA TUHAN ‘MEMUJUK’ :

Bukan senang untuk menangani kekecewaan. Bukan mudah untuk menghadapi hidup saat semangat menghilang. Makan tiada rasa, mandi tiada basah, tidur tiada lena.

Mati ‘rasa’. Kita seakan mati walaupun malaikat maut masih belum bertandang.

Mana yang ingin bangkit, seribu buku motivasi dihadam. Berpuluh motivator, kaunselor, ustaz & ustazah ditemui. Cuma, belum tentu semangat meningkat serta-merta. Silap-silap, makin ‘down’ dibuatnya.

Saya juga pernah hadapi situasi sama. Cuma saya belajar dari Al-Quran, kaji bagaimana Al-Quran ‘memujuk, memotivasi’ & datangkan semangat serta kekuatan ke dalam hati yg remuk.

Surahnya tidak panjang. Anda juga hafal. Ia adalah Surah Ad-Dhuha.

Surah ini, Tuhan turunkan khusus untuk ‘memujuk & menaikkan semangat’ Rasulullah s.a.w yg ketika itu agak ‘down’ akibat terlalu banyak tohmahan, celaan, ujian & tribulasi yg menimpa. Ia adalah satu surah yg turun untuk mempositifkan semula pemikiran Nabi.

Awal surah ini meminta Rasul melihat nikmat. Tengahnya kenangi semua nikmat dan di akhirnya, berkongsi nikmat.

Inilah formula terbaik untuk naikkan semangat. Ubah cara fikir dari negatif kepada positif sebab, manusia bersedih kerana asyik melayani episod duka yang telah berlaku. Apa kata kenangi semula moment-moment indah yg penuh positif. Ubah fikiran kepada mengingati nikmat. InsyaAllah semangat akan hadir semula kerana sebenarnya,

Hidup kita lebih banyak dikelilingi moment positif dari negatif. Lebih banyak bahagia dari duka.

Fokuskan moment bahagia, anda pasti ceria semula.

Sekian, Wassalamu ala manit taba’al huda.
Dan sejahteralah kehidupan bagi mereka yg menuruti petunjuk & hidayah. – Toha 47
.
.
Ustaz Asraff Ayob

 

0%

User Rating: 2.68 ( 2 votes)

About admin

Check Also

PENTING…7 KESALAHAN TAJWID DALAM MEMBACA AL-FATIHAH YANG BOLEH MEMBATALKAN SOLAT.

Jika kita melakukan kesalahan tajwid dalam membaca al-fatihah ketika solat, ia boleh menyebabkan solat terbatal. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *