Home / FAQ

FAQ

PERKARA BERKAITAN AGEN

.
Soalan : Apa itu program affiliate Seminar Tajwid Luarbiasa ?

Jawapan :
Program affiliate Seminar Tajwid Luarbiasa adalah program perkongsian keuntungan antara Furqanworks Sdn Bhd dengan agen yang mempromosikan seminar tajwid di website www.tajwidluarbiasa.com serta produk-produk lain di bawah syarikat Furqanworks Sdn Bhd. Ini bukan MLM.

.
Soalan : Apa tugas agen affiliate Seminar Tajwid Luarbiasa ?

Jawapan :
Tugas agen seminar Tajwid Luarbiasa adalah dengan mengiklankan Seminar Tajwid Luarbiasa secara offline & juga online. Offline bermaksud menggunakan medium seperti poster, flyers & banner. Online pula bermaksud menggunakan medium facebook, whatsapp, instagram dll. Agen diminta untuk menghebahkan kepada seramai mungkin prospek yang berminat untuk tingkatkan ilmu tajwid & bacaan AlQuran ke website www.tajwidluarbiasa.com , kemudian jika ada prospek buat pendaftaran di website www.tajwidluarbiasa.com , maka agen affiliate akan dapat komisyen.

.

Soalan : Berapa yuran untuk jadi agen affiliate seminar Tajwid Luarbiasa ?

Jawapan :
Tidak dikenakan sebarang bayaran (ianya PERCUMA).

.

Soalan : Bagaimana cara untuk sertai team agen affiliate Seminar Tajwid Luarbiasa ?

Jawapan :
Anda boleh layari link ini untuk mendaftar sebagai agen secara percuma : http://www.furqanworks.com/cara-mendaftar-agen-affiliate/

.

PERKARA BERKAITAN KOMISEN

.
Soalan :  Bagaimana agen affiliate boleh dapat komisen ?

Jawapan :
Semasa anda mendaftar program affiliate Seminar Tajwid Luarbiasa, anda akan diberikan link affiliate khas. Tujuan link affiliate ialah untuk mengesan (Tracking) setiap jualan yang anda hasilkan di www.tajwidluarbiasa.com

Setiap link affiliate mengandungi username agen yang unik. Katakan semasa daftar affiliate Seminar Tajwid Luarbiasa, anda pilih username ‘asmida’, maka secara automatik username anda (asmida) akan dijadikan sebagai Affiliate ID anda.

Sebagai contoh jika Affiliate ID anda ialah asmida, maka format link affiliate anda akan jadi seperti dibawah :

Link affiliate anda = http://bit.do/tlbasmida

Untuk dapatkan komisyen affiliate, anda harus promosikan link affiliate tersebut di media sosial. Gambar dibawah adalah contoh agen affiliate yang mempromosikan link affiliate di facebook :

Setiap orang yang klik link affiliate anda, mereka akan dibawa ke website www.tajwidluarbiasa.com
Jika mereka daftar seminar melalui link affiliate anda, maka anda akan dapat komisyen.

P/S : Selepas anda daftar program affiliate Seminar Tajwid Luarbiasa, anda boleh lihat statistik jumlah komisyen dan jualan secara terus di laman utama agen.

Cara untuk semak ada di link ini –> http://www.furqanworks.com/cara-semak-komisen/

.

Soalan :  Berapa Komisen untuk agen affiliate ?

Jawapan :
Komisen dikira berdasarkan jumlah peserta yang mendaftar melalui LINK KHAS anda.
– Bagi peserta yang mendaftar Yuran RM140, anda mendapat komisen sebanyak RM30 per peserta.
– Bagi peserta yang mendaftar Yuran RM90, anda mendapat komisen sebanyak RM20 per peserta.

.

Soalan : Bila tarikh pembayaran komisen affiliate ?

Jawapan :
Pembayaran komisen affiliate akan dibuat akhir bulan (minggu akhir) atau awal bulan (minggu pertama) selepas 1 pusingan seminar tamat.
Contoh 1 pusingan seminar bulan Ogos – September , komisen akan dibayar pada akhir bulan September ataupun awal bulan Oktober. Ini memberi peluang kepada agen untuk promosikan kesemua seminar di lokasi yang berbeza.

.

Soalan :  Berapa komisen saya sekarang ?

Jawapan :
Anda boleh semak komisen anda secara manual. Caranya ada kami berikan di link ini : http://www.furqanworks.com/cara-semak-komisen/

.

Soalan : Berapa orang yang dah daftar dengan saya sekarang ?
Anda boleh log in ke laman web agen di link ini : https://furqanworks.onpay.my/affiliate/login kemudian anda boleh semak di laman UTAMA di bawah kotak STATISTIK RINGKAS.

.

Soalan :  Bagaimana pihak admin (Furqanworks Sdn Bhd) mengesan komisen agen, bagi mereka yang mendaftar seminar secara Offline/bukan melalui link affiliate khas anda ?

Jawapan :
Kami tidak dapat mengesan komisen agen bagi peserta yang mendaftar secara offline. Jika anda tidak mahu terlepas komisen, pastikan anda yang daftarkan peserta secara online di bawah link affiliate khas anda.
Caranya ada kami tunjukkan step-by –step di link ini : http://www.furqanworks.com/hanya-klik-untuk-whatsapp/

.

PERKARA BERKAITAN LINK AFFILIATE KHAS

.
Soalan : Link affiliate khas tu apa ?

Jawapan :
Setiap agen akan diberikan LINK AFFILIATE KHAS yang ISTIMEWA/UNIK mengikut ID anda. Tujuan link affiliate ini adalah untuk mengesan (Tracking) setiap jualan yang anda hasilkan di www.tajwidluarbiasa.com

.

Soalan : Mana link affiliate khas saya ?

Jawapan :
Sekiranya anda masih belum dapatkan LINK AFFILIATE KHAS, boleh hubungi kami di talian 0192225606 ataupun klik sini untuk terus whatsapp –> www.wasap.my/60192225606

.

Soalan :  Boleh saya tukar link affiliate khas saya ?

Jawapan :
Ya boleh, caranya ada kami nyatakan di link ini : http://www.furqanworks.com/cara-untuk-tukar-link-affiliate/

.

PERKARA BERKAITAN PROMOSI

.
Soalan : Macam mana saya nak mula promosikan ?

Jawapan :
– Anda boleh rujuk link ini untuk mula promosi secara online : http://www.furqanworks.com/first-step-untuk-agen-affiliate/

.

Soalan :  Di mana saya nak sebarkan/ share/ promosi seminar ?

Jawapan :
Medium terbaik adalah secara online kerana ia boleh dilakukan 24 jam. Anda boleh mula share di Facebook, whatsapp group family, ofis, kenalan, group mengaji, group jiran dan lain-lain. Kami ada kongsikan beberapa teknik marketing mudah tetapi efektif untuk anda amalkan di link ini :

.

Soalan :  Boleh saya dapatkan ayat marketing untuk saya copy & paste ?

Jawapan :
Anda boleh dapatkan 11 ayat promosi di link ini : http://www.furqanworks.com/teknik-facebook-2-jam/
Hanya copy & paste.