Home / Uncategorized / DOA ADALAH BAHASA RINDU PALING HEBAT !

DOA ADALAH BAHASA RINDU PALING HEBAT !

Inilah Multazam.

Kawasan antara pintu Kaabah & Hajarul Aswad yang Rasul kata mustajab doa.

Semalam saya dah habiskan baca sepertiga doa yg rakan-rakan kirimkan di kawasan ini. Harini try nak habiskan semua. Tapi pakcik takdelah berdoa ‘bergayut’ betul2 di pintu kaabah tu.

Itu geng-geng hardcore yg tak lut dek panas & sesak je yang buat. Pakcik duduk belakang sikit tapi masih bertentangan dengan kawasan multazam.

Ada orang berhujah, buat apa nak kirim-kirim doa? Baik doa sendiri je kat Melesia. Tuhan itu kan Maha Mendengar…. Kemudian ada yang claim, doa banyak-banyak pun tak jalan juga kalau tak berusaha.

Ni jawapan pakcik. Korang hadam betul-betul ya.

First, cite tentang minta orang lain doakan kita. Betul-lah doa sendiri tu bagus. Betul-lah kita ni tiada hijab dengan Tuhan. Tapi kita kena SEDAR DIRI kita ni siapa.

Kita bukan wali, pastu banyak dosa pula tu. Pernah baca tak hadith yang menyatakan, ada orang susah hidupnya berdoa tapi doanya ditolak sebab banyak dosa.

So kefahamannya, betul kita boleh doa sendiri. Betul Allah Maha Mendengar. Tapi soal Allah MAKBULKAN atau tak, itu soal lain.

Sebab tu mereka yg faham agama & sedar diri (tahu yg diri bukan wali & banyak dosa) akan cari banyak sebab lain agar doanya diterima. Depa minta org lain doakan permintaannya sebab mana tahu, orang itu lebih soleh darinya. Moga doanya yang diminta oleh org soleh itu dimakbulkan.

Mereka beriya berdoa di multazam sebab nabi kata, lokasi itu doanya mustajab.

Mereka akan minta orang bermusafir doakan sebab nabi bilang, 3 doa yang takkan ditolak – org dizalimi, musafir & doa ibubapa.

Korang tahu tak, ketika Saidina Umar nak kerjakan umrah, Rasul s.a.w pun ‘kirim doa’, minta beliau doakan Rasul juga?

Kalau Rasul yg maksum kekasih Allah pun minta org lain doakannya, handal betul kita nak doa sendiri-sendiri kan?

But still, pilihan di tangan anda. Nak doa sendiri, silakan.

Kemudian soal usaha baru berdoa. Korang tahu tak, antara ribuan doa yg pakcik baca ni, permintaannya dianggap kalau usaha macammana pun dah tak boleh ‘pergi’?

Ada orang yg sakit teruk stage last. Dah berpuluh doktor pakar berubat, beratus ribu duit habis tapi masih tak sembuh juga.

Jadi, doalah jalan keluar yg diusahakan saat usaha kita sudah putus.

Ada orang yg anaknya degil tak ingat dunia. Segala tok-nenek kursus motivasi dah hantar tapi masih ‘basi’ lagi.

Ketika itulah doa menjadi senjata utk digunakan, minta Tuhan settlekan benda yg kita tak boleh settle.

Ada orang anaknya masih takde jodoh perniagaan tak menjadi. Dah cuba macam-macam cara tapi masih tak jalan.

Doalah jalan keluar, minta Tuhan ‘uruskan’ hal jodoh & rezeki yg hanya padaNya sahaja kunci khazanahnya tersimpan.

Ingatlah, doa itu senjata kita. Doa merupakan usaha yang menggambarkan, kita yakin Tuhan itu ada & berkuasa.

Ingatlah dalam Quran banyak dinyatakan, berbagai perkara impossible pada mata manusia tiba-tiba possible hanya disebabkan dua tapak tangan ditadahkan sahaja.

Itulah doa.

Ashabul kahfi boleh tidur 309 tahun & selamat imannya then bangun balik sihat-wal-afiat kerana doa.

Nabi Musa boleh selamat saat orang lain rasa ‘no way out’, firaun datang nak sembelih dari belakang, depan pula lautan, hanya kerana doa.

Nabi zakaria dapat anak di saat orang kata usianya amat tua, impossible dapat zuriat, hanya kerana doa.

Rasul boleh menang perang badar ketika ikut logik akal & ikut atas kertas baginda confirm kalah ( 300 org lawan seribu) berkat kerana doa.

Semua tu Quran highlight. Semua tu Quran ceritakan agar jadi pedoman untuk kita, pengikut ajaran Rasul agar punya keyakinan, dalam islam kita masih ada jalan keluar.

Dan usahanya hanyalah semudah DOA.

Berdoalah utk kita sambungkan usaha kita yang terbatas dengan Tuhan yang kuasaNya tidak terbatas.

Berdoalah dengan keyakinan ia akan diijabahkan dengan jawapan yang lebih baik dari yang kita minta, jawapan terbaik menurut qudrah & iradahNya Allah Ar-Rohman & Ar-Rohim.

Ok guys, nak pi masjidil haram sambung baca doa korang ek.

Oh ya, baideway semalam pakcik makan ayam sekor restoran ‘tozah’ celebrate sebab dah khatam quran sekali. Ni nak habaq, disebabkan masa banyak terluang kat sini, pakcik rasa boleh khatam 3 round khatam kot ramadhan ni.

So pakcik nak maklumkan kpd mereka yg kirimkan nama arwah utk bacaan khatam Quran haritu, kita akan cuba khatam 3x, bukan 2x seperti yang pakcik cakap haritu.

Doakan pakcik sihat & ada tenaga utk baca ya. Sama-sama kita berusaha utk arwah mereka yg tersayang….

Kalau korang nak baca pengalaman best pakcik belajar ribuan hikmah ketika tunaikan umrah, dapatkan buku ‘umrah langit umrah laut’.

Korang baca, nanti masa turn korang tunaikan umrah, akan dapat rasai feeling lebih best.

Sebab dalam buku tu pakcik share macammana nak datangkan feeling tunaikan umrah. Feeling rasa bertuah jejakkan kaki ke kampung halaman Rasul. Feeling rasa ‘wow’ dapat mundar-mandir di lokasi berkah, tempat malaikat selalu turun, tempat beribu mukjizat & nusrah Allah pernah datang.

Dapatkan buku ini dgn melayari :

Www.umrahlangit.com

Sekarang ada diskon special sempena ramadhan.

About admin

Check Also

JIKA DILANDA KEKECEWAAN & FRUST, LIHAT BAGAIMANA TUHAN ‘MEMUJUK’ :

Bukan senang untuk menangani kekecewaan. Bukan mudah untuk menghadapi hidup saat semangat menghilang. Makan tiada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *