Home / Uncategorized / DETIK-DETIK INDAH ‘DISEKOLAHKAN’ TUHAN

DETIK-DETIK INDAH ‘DISEKOLAHKAN’ TUHAN

 

Super traffic jam di hadapan!

Alhamdulillah baru abis umrah. Fuh! Mencabar betul umrah kali ni. Pakcik sampai pkl 6. Maghrib masuk pkl 7. Orang punyalah ramai kat kawasan mataf. Nak mencilok pun susah. Dahlah paneh. Haus tekak. Nampak yo gambar senyum tapi letihnya Tuhan saja yg tahu….

Sejam baru abis tawaf.

Then pi saie pula. Ingatkan lapang tapi cuba korang tengok traffik jam tu…. sabar yolah. Elok first round masuk waktu berbuka. Nasib baik ramai yg hulur air zamzam syai & kurma tengah jalan tu…..

Dapek juga pakcik berbuka.

Then solat. Pastu sambung balik saie. Kaki dah berdenyut. Sejuk oooo…tak tahan pakcik.

Camnolah Siti Hajar 3000 tahun lepas boleh sempoi yo saie 7x? Osah eh kuat orang dulu-dulu kan?

Malu kat Hajar kalau kito kuat merungut 😉

Semua ni sebenarnya nak mengubah sempadan diri. Kita ni sebenarnya boleh je ada tenaga nak beribadah ekstra. Puasa bukan halangan. Asalkan ada iman ada keinginan semua boleh jadi.

Kat melesia kita ni manja. Baca Quran sejuzuk terawih 8 rakaat dah rasa banyak. So bila ke sini Tuhan bagi tarbiyah. Push our limit.

Cer tengok ada org bongkok2 badan tapi selamba je terawih 20 rakaat. Tengok ada org baca Quran berjam-jam rileks je.

Semua ni mengajar pakcik utk lebih bnyk bersyukur dengan semua nikmat yg Tuhan bagi. Nak tunjuk syukurnya ada badan yang sihat otak yang cerdas dengN perbanyakkan ibadah.

Nak belajar dari org mulia, para nabi yg fikirannya asyik nak bersyukur sahaja. Org bersyukur tak merungut. Org bersyukur asyik anggap amalnya sedikit. Org bersyukur asyik khuatir dosa banyak.

So depa selalu bertaubat.

Org bersyukur bila berdoa depa tak banyak meminta. Depa banyak berterima kasih.

Hebatkan pemikiran org begini? Cuma Quran cakap org macam ni tak ramai. Sikit je. Wa qolilun min ibadiyasy syakur.

Moga kita termasuk dlm golongan sedikit. Golongan tahu bersyukur. Tahu berterima kasih. Tahu menghargai.

Sahabat semua doakan saya begitu ya, amin…..

Nak pi cukur botak rambut jap. Esok baru saya baca sume doa yg sahabat kirim di multazam ya. Kita berusaha. Tuhan Maha Mendengar.

Insyaallah Dia akan makbulkan doa yg kita minta di hadapan serambi rumahNya dgn penuh rasa rendah hati..

Semoga begitulah kesudahannya, amin
.
.
Ust Mohammad Asraff Ayob
.
.
Ada banyak lagi detik-detik indah pakcik ‘disekolahkan’ Tuhan ketika tunaikan umrah. Baca di – www.umrahlangit.com
.
#umrahkelangitumrahkelaut

About admin

Check Also

JIKA DILANDA KEKECEWAAN & FRUST, LIHAT BAGAIMANA TUHAN ‘MEMUJUK’ :

Bukan senang untuk menangani kekecewaan. Bukan mudah untuk menghadapi hidup saat semangat menghilang. Makan tiada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *