Home / Uncategorized / BETUL LAH ORANG CAKAP, DI MEKAH-MADINAH TUHAN BAYAR ‘CASH’

BETUL LAH ORANG CAKAP, DI MEKAH-MADINAH TUHAN BAYAR ‘CASH’

 

Saya sempat solat terawikh di madinah 3 malam. Malam pertama dan kedua dapat solat dalam masjid, tapi orang Ya Robbi Ya Rasul punyalah ramai…

Saya pula masuk masjid ketika azan. Masjid dah full. Tapi pakcik redah juga.

Last-last pakcik dapek solat atas simen yo. Tak merasa solat terawikh atas karpet merah.

Sejuk kaki oooo.

So malam semalam ketika sedang menunggu buka puasa, saya doa kpd Tuhan, ‘Ya Allah, ini malam last saya terawikh di sini….. bagilah peluang saya solat atas karpet pula ya, amin’.

Masa berdoa tu saya takdelah letak harapan besar sangat. Sebab kalau dpt solat atas marmar pun tak mengapa.

Tapi begitulah. Doa yg kita rasa Tuhan tak layan, doa itulah yg Tuhan makbulkan.

Malam tadi masuk lambat juga ke masjid. Masa sedang redah2 tu, tiba-tiba seorang tuan haji arab gamit. Dia beri isyarat yg tempat sebelahnya kosong.

Tempat premium beb! Atas karpet belakang tiang aircond. Siap boleh bersandar kalau letih. Sejuk. Lapang. Boleh letak beg tanpa masalah.

Perkh. Osah eh Tuhan tu Maha Mendengar & Maha Menjawab. Kita minta atas karpet yo, Dia balas atas karpet dekat dgn aircond skali!

Tanjat pakcik dengan layanan yg Tuhan kurniakan…. Itulah. Kita ni bila berdoa sering tak percaya sangat yg Tuhan akan makbulkan. Tuhan pula kuasaNya tak terbatas. Di sini kita kan tetamu Dia.

Pasti sebagai tetamu, Dia akan berikan layanan first class premium lounge 🙂….

Kalau pakcik tahulah doa tu makbul, pakcik nak doa jadi imam terawikh kat masjid nabawi yo 🙂…..ngeeee…

Okay guys. La ni pakcik sedang bersiap nak ke Mekah. Nanti pakcik akan baco satu-satu doa yg korang kirim kat multazam yo…

Korang pun doalah sama di Malaysia. Kita ‘submit’ proposal doa kita banyak-banyak.

Mana tahu ada yg ‘sangkut’, jawabnya beraya awal lah kita 🙂

Kalau korang nak baco moment2 ajaib yg pakcik alami waktu di mekah-madinah, baco buku ni – umrah ke langit, umrah ke laut.

Skarang ada diskaun ramadhan. Layari :

Www.umrahlangit.com
.
.
Ust Asraff Ayob

About admin

Check Also

“PERATURAN EMAS” KETIKA MEMBACA AL-QURAN

Kalau dalam peperiksaan ada peraturannya yang tersendiri seperti tak boleh bawa masuk “toyol” dan tak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *