Home / Uncategorized / 2 CARA MUDAH WAJIB TAHU UNTUK ELAK BACA HAMZAH WASOL SECARA HENTAM SEMBERONO..

2 CARA MUDAH WAJIB TAHU UNTUK ELAK BACA HAMZAH WASOL SECARA HENTAM SEMBERONO..

Sumber: Google

 

Dulu saya keliru tentang cara bacaan Hamzah Wasol. Memang baca pun hentam semberono je. Tetapi, selepas hadiri Seminar Tajwid Luar Biasa, saya sudah tahu dan jelas dengan cara bacaan Hamzah Wasol yang sebenar.

Nak saya share cara mudah nak baca? (Kalau taknak pun saya tetap nak share hihi..)

Hamzah Wasol tu yang mana satu? Nak cam Hamzah Wasol ni mudah je. Kalau nampak alif berkepala sod kontot tu, itulah Hamzah Wasol.

Hamzah Wasol ini hanya dibunyikan apabila ianya berada di hadapan ayat. Kalau berada di tengah ayat, ia tidak dibaca.

Untuk mengenal cara bacaannya, kita perlu kenal 2 bahagian ni:

 Hamzah Wasol berjumpa huruf LAM.

Apabila Hamzah Wasol berjumpa huruf Lam, maka ianya akan dibariskan dengan baris atas. Contoh: ٱلْحَمْدُ (Alhamdu)

 Hamzah Wasol berjumpa dengan SELAIN HURUF LAM

Kalau Hamzah Wasol berjumpa dengan selain huruf lam, kita perlu bariskan Hamzah Wasol dengan merujuk HURUF KETIGA kalimah.

Macam mana tu? Sila rujuk dua keadaan di bawah.

1) Jika huruf ketiga berbaris HADAPAN, maka Hamzah Wasol dibaca dengan baris HADAPAN. Contoh: ادْعُوا (Ud’uu)

2) Jika huruf ketiga berbaris ATAS atau BAWAH, maka Hamzah Wasol dibaca dengan baris BAWAH. Contoh: اقْتَرَبَ (Iqtaroba)

Mudah kan nak baca kalau kita faham dengan jelas konsepnya? Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Share dengan kawan-kawan tau, biar semua tahu 🙂

Oleh: Admin (Kakna)

About admin

Check Also

NAK HAFAL QURAN, TAPI TAK TAHU CARA MUDAH?

Ramai yang berimpian untuk menghafal al-Quran, tetapi niat hanya terhenti di tengah jalan. Ramai juga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *